ShoutMix chat widget

Tuesday, October 8, 2013

Mengenali Kulit Anda


Tahukah anda kepentingan setiap lapisan utama kulit anda???

3 lapisan utama adalah epidermis, dermis dan hypodermis. Ketiga-tiga lapisan ini memainkan peranan penting untuk memastikan semua organ lain juga kekal sihat.

Namun begitu, di dalam bidang kecantikan, kulit yang cantik adalah impian setiap wanita.
Ini bermakna setiap lapisan ini perlu lengkap dan sihat. Masa kini terdapat pelbagai keluaran produk penjagaan kulit. Dengan ini kita sebagai pengguna perlu mengetahui tahap keselamatan setiap produk itu sebelum kita menggunakannya.

Bak kata pepatah, untuk cantik biarlah juga menjadi pengguna yang bijak!