ShoutMix chat widget

Thursday, April 18, 2013

Cara yang sangat berkesan untuk melakukan sesuatu perkara agar ianya selesai


Hi...
Beberapa soalan yang perlu selalu tertanya-tanya di minda anda. 
Apakah yang saya telah lakukan pada 24 jam hari ini?
Jika anda menjawab..taklah banyak sangat perkara yang aku lakukan sepanjang hari ini..atau pun tak buat apa-apa...
dan dengan ini saya rasa gembira untuk memberitahu bahawa anda masih boleh berubah!
Jika anda telah bersedia untuk meletakkan lebih nilai kepada kehidupan anda dan  memperbanyakkan tindakan dalam hari-hari anda, ambil pen dan kertas.
Ia mengandungi 3 langkah asas yang perlu anda ikuti:

1- Tuliskan semua tugas-tugas yang anda perlu siapkan hari ini.
2- Tetapkan masa yang diperlukan untuk menyiapkan setiap tugasan itu. Contohnya; 30 minit, 1 jam dan sebagainya.
3- Pilih salah satu tugasan , mulakan jam pengira masa anda, dan fokus sehingga tugasan itu selesai. (focus on nothing else until the task is complete!)

Itu sahaja yang perlu anda lakukan untuk memastikan kerja anda selesai..Dengan ini saya yakin, anda dapat mencapai target yang disasarkan dalam hidup anda. 
Bermula dengan tindakan harian anda. Mula dari tugasan yang kecil sehinggalah yang besar. Nescaya impian besar anda boleh tercapai mengikut masa yang telah anda tetapkan.. 
Walaupun di zaman serba canggih dengan teknologi masa kini, kita lagilah perlu menulis setiap perkara yang hendak dilakukan supaya kita tidak tersasar dan leka dengan arus teknologi yang kadang kala melalaikan kita.

Amalkan dan bertindak sekarang!





Mary Kay Wisdom


Mary Kay Ash.. a wonderful woman leader that I admired most...

Mary Kay Wisdom

A woman leader that I admired most.....Mary Kay Ash