ShoutMix chat widget

Wednesday, April 24, 2013

Impian pada tahun ini yang perlu dicapai..

Kepada pembaca blog yang dihormati,

Pada kali ini saya ingin berkongsi tentang impian. Ia terbahagi kepada impian jangka pendek dan jangka panjang.

Namun, setiap impian bermula dengan langkah-langkah kecil yang perlu dilakukan secara konsisten.
Apakah impian anda?

Di sini saya ingin berkongsi tentang impian saya yang perlu dicapai pada tahun ini. Saya ingin menghadiri hari graduasi bagi ijazah sarjana tinggi saya pada tahun ini juga. Dengan ini saya mesti fokus dan menetapkan tugasan saya agar kertas projek / project paper saya dapat disiapkan pada Mei ini.


Dengan menyiapkan kertas projek ini, saya lah orang yang sangat gembira pada tahun ini. Kerana saya telah berjaya membuktikan bahawa anggapan saya terhadap kemampuan saya selama ini ternyata salah. Doakan saya mendapat kekuatan dan keredaan dariNya.

Setelah perkara penting ini selesai, saya akan fokus pula pada impian saya yang perlu dicapai pada bulan July ini pula. Saya perlu meningkatkan perkongsian saya kepada seramai mungkin wanita di Malaysia agar memiliki kulit yang diidam-idamkan. Saya mewakili syarikat produk kecantikan kulit dan kosmetik terulung di dunia sangat berbesar hati dan yakin tentang keberkesanan dan tahap keselamatan produk Mary Kay.

Tenyata ramai lagi di kalangan kita masih tercari - cari produk berkualiti tinggi, berjenama terkenal, selamat untuk digunakan, dan yang paling penting memberi hasil yang sangat superb bagi mengekalkan kemudaan dan kejelitaan sehinggalah di usia tua.

Misi saya menyebarkan kebaikan produk dan kebaikan peluang kerjaya di Mary Kay diharap dipermudahkan juga olehNya.

Oleh itu, marilah kita menanam impian dan terus berusaha ke arah kejayaan!