ShoutMix chat widget

Thursday, October 24, 2013

KULIT ohh kulit!

Wahh bestnya buat bisnes kecantikan ni!.. Ramai orang memerlukan produk penjagaan kulit yang baik untuk digunakan setiap hari. Bila saya keluar sahaja pasti berjumpa dengan seseorang. Yang pastinya mereka mempunyai kulit yang perlu dibersihkan setiap hari :)

Saya rasa amat bersyukur kerana dapat membantu ramai wanita yang mengalami masalah kulit. Tambahan pula masa kini terlalu banyak produk di pasaran hingga menyebabkan ramai pengguna keliru dengan kualiti yang dijanjikan.

Kerjaya saya sebagai perunding kecantikan telah banyak membantu diri saya sendiri dalam menjaga kesihatan kulit. Setiap kali saya berjumpa dengan wanita-wanita yang memerlukan penjagaan kulit harian, saya akan belajar dan bertambah pengalaman saya terhadap reaksi kulit dan lebih memahami ragam kulit semasa ia dalam proses dirawat.

Produk Mary Kay ini sangat berpatutan di segi harga. Seiringan dengan kualiti yang ditawarkan. Malah lebih baik harganya berbanding produk yang biasa-biasa aje di luar sana. Latar belakang syarikat yang telah 50 tahun ditubuhkan serta produk yang sentiasa berada di carta teratas di segi kualiti dan bilangan pelanggan setia menyebabkan ia menjadi pilihan utama saya.

Ingin mencuba produk dan mengetahu lebih lanjut, bolehla hubungi saya 011 3321 0960 pada bila-bila masa anda sesuai.

Tuesday, October 8, 2013

Mengenali Kulit Anda


Tahukah anda kepentingan setiap lapisan utama kulit anda???

3 lapisan utama adalah epidermis, dermis dan hypodermis. Ketiga-tiga lapisan ini memainkan peranan penting untuk memastikan semua organ lain juga kekal sihat.

Namun begitu, di dalam bidang kecantikan, kulit yang cantik adalah impian setiap wanita.
Ini bermakna setiap lapisan ini perlu lengkap dan sihat. Masa kini terdapat pelbagai keluaran produk penjagaan kulit. Dengan ini kita sebagai pengguna perlu mengetahui tahap keselamatan setiap produk itu sebelum kita menggunakannya.

Bak kata pepatah, untuk cantik biarlah juga menjadi pengguna yang bijak!

Thursday, August 29, 2013

True Dimensions Lipstick _ Mary Kay



Wow...Cantiknya warna-warna lipstik ni! Terbaru dari Mary Kay. Kepada sesiapa yang berminat, untuk melihat sendiri dan mencuba lipstik-lipstik ini atau nak order, sila lah hubungi saya. 0126910341 (nora).

Pelbagai keistimewaan lipstik ini. Sangat ditunggu-tunggu oleh wanita yang ingin miliki kulit bibir yang halus serta sentiasa kelihatan muda. Tiada lagi masalah bibir kering, kusam, luka dan gelap di tepi bibir.

Apa tunggu lagi, cepat dapatkan lipstik ini daripada Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay anda. Tiada Perunding lagi, boleh terus hubungi saya untuk dapatkan konsultasi kecantikan secara PERCUMA!

Tuesday, May 7, 2013

Focus of The Month...

Hi..apa khabar?

Sekejap je dah selesai PRU 13.. ternyata kesibukan harian memerlukan komitmen yang tinggi dalam apa jua yang kita perlu lakukan..agar ia tetap terlaksana walaupun waktu yang amat padat. Jika kita tidak tentukan atau "decide" apa yang mesti disiapkan dalam sehari sebagai rutin, memang sukar sesuatu target itu tercapai..

Faham maksud kata-kata di atas? hehehee...

Pada bulan May ini, saya perlu mencapai beberapa target harian agar target bulanan saya tercapai..saya perlu merancang sebaik mungkin dan melaksanakan apa yang telah dirancang itu..bak kata pepatah
"Plan your work and work your plan".. wooowwww!!! ... besar sungguh impak pepatah ini kepada kita jika kita fahami, dalami, hayati dan amalkan kata2 ini..

Apakah target anda pada bulan ini?

Ingin mencari peluang perniagaan yang anda minati?
Ingin memulakan perniagaan anda sendiri?
Ingin???

Saya sudah tentu tidak tahu apa anda inginkan.. tetapi yang pasti saya mahu anda tahu apa target anda bulan ini..kerana ada di antara kita tiada target atau sasaran..dari ssekecil2 perkara kepada sebesar2 perkara.. saya pernah alami hidup saya seolah-olah tiada target..hanya mengikut arus kehidupan dan terbazir begitu sahaja selama ini..

Namun, setelah saya tersedar pada suatu hari bahawasanya saya telah lama tertidur di dalam jaga selama ini rupanya..

Apabila saya berusaha untuk membuat keputusan melakukan perkara yang berlainan daripada biasa dan cuba melakukan perkara yang saya inginkan..baru lah hidup saya bermula semula dengan azam baru, target baru, sasaran baru, impian baru dan sebagainya lah yang seangkatan dengannya.. hehehheee...

Ini ialah apabila saya mula menceburkan diri saya sebagai usahawan kecil-kecilan dengan satu syarikat antarabangsa yang sangat terkenal di dunia terutama di US iaitu Mary Kay.. Bidang keusahawanan ini sangatlah unik dan sangat saya gemari kerana ia mengamalkan budaya yang sesuai dengan jiwa raga saya sebagai seorang wanita yang bergelar isteri, ibu dan anak serta pekerja tetap sebuah organisasi pada masa itu..

Syarikat ini telah menarik minat saya kerana falsafahnya, produknya, kualitinya, latarbelakang syarikatnya, dan peluang kerjaya seumur hidup yang sangat saya inginkan..sekiranya anda ingin mengetahui serba sedikit tentangnya bolehla layari www.marykay.com.my  dan terus boleh hubungi saya untuk perkongsian cerita saya.012 6910341 (nora)... mungkin anda juga tercari-cari dan menginginkan perkara yang sama seperti saya sebelum ini..

Pelbagai panduan, bimbingan, perkembangan kendiri dan banyak lagi ditawarkan kepada wanita untuk dikongsi bersama..

Sekian untuk malam ini.. bye bye






Thursday, April 25, 2013

Keberkesanan produk Mary Kay_Set Botanical Effect



Mary Kay Botanical Effect

Produk ini sangat berkesan dalam membersihkan lapisan kulit kita sehingga ke lapisan hipordermis. Tanpa mengandungi bahan kimia yang merbahaya dan memang terjamin selamat untuk memperbaiki struktur dan matriks kulit.

Produk berasaskan sumber botani terpilih dan diperkaya dengan kompleks botani istimewa seperti silymarin(milk thistle) dan luo han guo (buah panjang hayat) yang berantioksida tinggi untuk melawan kesan radikal bebas terhadap kulit sepanjang hari.

Hasil yang dilaporkan dalam kajian pengguna bebas sepanjang satu minggu :
88% mengatakan kulit berasa sihat
86% mengatakan ia mencergaskan kulit
83% mengatakan ia menambahbaik kecantikan semulajadi kulit

Rata-rata pelanggan saya berpuas hati setelah mencuba produk buat pertama kalinya dan terus menjadi pengguna Mary Kay yang setia. Pengalaman saya sendiri juga amat berpuas hati kerana sekarang saya tidak lagi gusar atau susah hati untuk mencari produk kulit yang berkualiti tinggi, selamat digunakan dalam jangka masa panjang, serta yang paling penting harga yang sangat berpatutan dan mampu dimiliki.

Wednesday, April 24, 2013

Impian pada tahun ini yang perlu dicapai..

Kepada pembaca blog yang dihormati,

Pada kali ini saya ingin berkongsi tentang impian. Ia terbahagi kepada impian jangka pendek dan jangka panjang.

Namun, setiap impian bermula dengan langkah-langkah kecil yang perlu dilakukan secara konsisten.
Apakah impian anda?

Di sini saya ingin berkongsi tentang impian saya yang perlu dicapai pada tahun ini. Saya ingin menghadiri hari graduasi bagi ijazah sarjana tinggi saya pada tahun ini juga. Dengan ini saya mesti fokus dan menetapkan tugasan saya agar kertas projek / project paper saya dapat disiapkan pada Mei ini.


Dengan menyiapkan kertas projek ini, saya lah orang yang sangat gembira pada tahun ini. Kerana saya telah berjaya membuktikan bahawa anggapan saya terhadap kemampuan saya selama ini ternyata salah. Doakan saya mendapat kekuatan dan keredaan dariNya.

Setelah perkara penting ini selesai, saya akan fokus pula pada impian saya yang perlu dicapai pada bulan July ini pula. Saya perlu meningkatkan perkongsian saya kepada seramai mungkin wanita di Malaysia agar memiliki kulit yang diidam-idamkan. Saya mewakili syarikat produk kecantikan kulit dan kosmetik terulung di dunia sangat berbesar hati dan yakin tentang keberkesanan dan tahap keselamatan produk Mary Kay.

Tenyata ramai lagi di kalangan kita masih tercari - cari produk berkualiti tinggi, berjenama terkenal, selamat untuk digunakan, dan yang paling penting memberi hasil yang sangat superb bagi mengekalkan kemudaan dan kejelitaan sehinggalah di usia tua.

Misi saya menyebarkan kebaikan produk dan kebaikan peluang kerjaya di Mary Kay diharap dipermudahkan juga olehNya.

Oleh itu, marilah kita menanam impian dan terus berusaha ke arah kejayaan!

Sunday, April 21, 2013

Mary Kay Career Conference 2013 Really Keeps Me Motivated


Wowww!!! Semalam 20hb April 2013 saya telah menghadiri Career Conference di KL.. memang sangat-sangat saya tunggu2 untuk menghadirinya.

Kerana saya tahu, di conference ini akan mengaktifkan semula sel-sel badan, dan minda saya untuk kembali cergas. Hehehe..

Saya sangat bersyukur kerana telah diperkenalkan tentang produk dan syarikat Mary Kay yang sangat sesuai untuk saya sebagai seorang wanita. Syarikat ini telah berpengalaman mengendalikan perunding bebasnya selama 50 tahun. Sudah tentulah ia sangat memahami tentang keperluan wanita dalam mencari sumber rezeki, kerjaya yang fleksibel, budaya baik yang sesuai sebagai wanita, keseimbangan agama, keluarga dan kerjaya.

Saya memang suka berkongsi tentang ini kepada wanita lain. kerana saya telah bahagia dengannya, sudah tentu saya ingin membahagiakan wanita lain juga...

Jumpa lagi...

Thursday, April 18, 2013

Cara yang sangat berkesan untuk melakukan sesuatu perkara agar ianya selesai


Hi...
Beberapa soalan yang perlu selalu tertanya-tanya di minda anda. 
Apakah yang saya telah lakukan pada 24 jam hari ini?
Jika anda menjawab..taklah banyak sangat perkara yang aku lakukan sepanjang hari ini..atau pun tak buat apa-apa...
dan dengan ini saya rasa gembira untuk memberitahu bahawa anda masih boleh berubah!
Jika anda telah bersedia untuk meletakkan lebih nilai kepada kehidupan anda dan  memperbanyakkan tindakan dalam hari-hari anda, ambil pen dan kertas.
Ia mengandungi 3 langkah asas yang perlu anda ikuti:

1- Tuliskan semua tugas-tugas yang anda perlu siapkan hari ini.
2- Tetapkan masa yang diperlukan untuk menyiapkan setiap tugasan itu. Contohnya; 30 minit, 1 jam dan sebagainya.
3- Pilih salah satu tugasan , mulakan jam pengira masa anda, dan fokus sehingga tugasan itu selesai. (focus on nothing else until the task is complete!)

Itu sahaja yang perlu anda lakukan untuk memastikan kerja anda selesai..Dengan ini saya yakin, anda dapat mencapai target yang disasarkan dalam hidup anda. 
Bermula dengan tindakan harian anda. Mula dari tugasan yang kecil sehinggalah yang besar. Nescaya impian besar anda boleh tercapai mengikut masa yang telah anda tetapkan.. 
Walaupun di zaman serba canggih dengan teknologi masa kini, kita lagilah perlu menulis setiap perkara yang hendak dilakukan supaya kita tidak tersasar dan leka dengan arus teknologi yang kadang kala melalaikan kita.

Amalkan dan bertindak sekarang!





Mary Kay Wisdom


Mary Kay Ash.. a wonderful woman leader that I admired most...

Mary Kay Wisdom

A woman leader that I admired most.....Mary Kay Ash

Wednesday, April 17, 2013

Kelas Penjagaan Kulit & Mekap ( Skin Care Class & MakeUp Session)



Hi ... di dalam kelas ini anda berpeluang belajar tentang cara-cara dan teknik penjagaan kulit dengan betul serta dapat mencuba terus produk. Di sini anda akan merasai keselesaan yang sangat memuaskan apabila membersihkan, membelai dan menghias wajah anda.

Setelah 50 tahun Mary Kay di pasaran, produk tetap di antara yang terbaik di dunia di segi kehebatannya, keselamatannya, jaminannya dan peluang yang ditawarkan. Ibu pejabat dan kilang terbesar di Dallas, Texas telah meyakinkan saya bahawa ia merupakan syarikat dan produk yang sangat memahami keperluan wanita di segenap negara, bangsa, budaya dan kepercayaan.

Hampir 5 tahun saya menjadi perunding kecantikan Mary Kay, saya masih lagi pengguna setia dan terus giat aktif berkongsi tentang produk. Produk ini perlu dimiliki oleh semua kerana ia tidaklah terlalu mahal dan mampu dimiliki oleh wanita di Malaysia. Kita berhak memilih produk yang berkualiti tinggi untuk diletakkan di atas kulit kita. Kerana kulit merupakan anggota terbesar pada tubuh manusia dan merupakan anugerah Tuhan yang sangat penting untuk seorang manusia. 

Jadi, jagalah ia sebaik-baiknya tanpa mencemarkannya dengan bahan-bahan yang boleh memudaratkan kesihatan kulit kita.

Jadilah Pengguna Yang Bijak!

Monday, April 15, 2013

Top 10 Actions to Make the Dream you Catch Come True


#          Decide today to put yourself as a passionate business women
#         Commit to the work. It is necessary to get you there
       Plan and strategize
#          Take action
#          Make changes
#          Overcome and persist (don’t give up)
#          Become Accountable Consistently
#          Choose continued Growth and Advancement
#          Enjoy the fruits of your wins
#          Share what you have learned with other and keep winning

Adakah anda mempunyai impian??  Pernahkah adakalanya impian yang dinginkan itu seakan-akan semakin jauh daripada apa yang kita lakukan?? Terfikir bahawa kita tidak layak untuk impian itu?? dan banyak lagi persoalan bermain di minda kita yang mana akhirnya kita hanya akan membuang masa. 

Sebagai manusia biasa seperti kita ini memang banyak perkara perlu kita hadapi setiap saban hari. Inilah lumrah kehidupan kita di dunia ini. Selagi bernafas kita perlu atasi dan hadapi dengan penyelesaian terbaik setiap situasi yang berlaku sekeliling dan pada kita sendiri. 

Tiada erti mengalah atau putus asa. Pelbagai cara boleh dilakukan dengan hanya kita perlu memilih jalan yang terbaik. Daripada menyesali setiap yang berlaku dan menyalahkan diri dan orang lain, ia akan melambatkan proses kita mengejar impian. Terima seadanya yang berlaku dan anggap ketentuan dari yang empunya alam ini. Belajar mencari kebaikan dari setiap yang berlaku untuk kebaikan diri dan orang lain. Memaafkan selain daripada kebaikan itu. 

Apabila kita belajar melatih diri seperti ini, kita akan menarik tenaga yang positif di dalam diri dan seterusnya memudahkan kita mencapai impian yang dicari selama ini. Tuhan tidak mensia-siakan manusia yang berusaha dan selalu menjadi contoh baik kepada orang lain.

Banyaklah beramal untuk melatih jiwa, fikiran dan spiritual agar sehaluan dengan kehendak Tuhan. :) 

Sunday, April 14, 2013

ATTITUDE DETERMINES YOUR ALTITUDE

Long range consequences of how we choose to discipline our thoughts. 
 # We choose our thoughts
 # Our thoughts determine our emotions
 # Our emotions determine our actions
 # Our actions determine our results
 # Our results determine our reality 
 # And our reality determine our Destiny! 
 What we need is the courage and determination to self-reform. 

 Hi.. betul tak sikap kita menentukan sejauh mana kita dapat mengatasi setiap situasi dengan berhemah? Ye memang betul! 

Jika satu situasi yang sama dihadapi oleh dua orang yang berbeza sikapnya, sudah tentu mempunyai dua kesan yang berbeza juga. 

 Contohnya, 

    Situasi kesuntukan masa untuk menyiapkan sesuatu tugasan.
A : menghadapi situasi ini dengan berfikir bahawa jika tidak siap tugasan itu, masih boleh disiapkan esok atau lupakan saja. 

B : menghadapi situasi ini tanpa berfikir banyak dan terus tekun menyiapkannya walaupun hingga ke saat akhir kerana ingin juga ia disiapkan. 

Keputusannya : Tugasan B dapat disiapkan manakala tugasan A tidak disiapkan dan menyesal keesokan harinya. Jika A tidak menyesal, A tidak mencapai apa-apa di dalam hidupnya sedangkan B mungkin dinaikkan pangkat.

Renung-renungkan...