ShoutMix chat widget

Wednesday, April 17, 2013

Kelas Penjagaan Kulit & Mekap ( Skin Care Class & MakeUp Session)



Hi ... di dalam kelas ini anda berpeluang belajar tentang cara-cara dan teknik penjagaan kulit dengan betul serta dapat mencuba terus produk. Di sini anda akan merasai keselesaan yang sangat memuaskan apabila membersihkan, membelai dan menghias wajah anda.

Setelah 50 tahun Mary Kay di pasaran, produk tetap di antara yang terbaik di dunia di segi kehebatannya, keselamatannya, jaminannya dan peluang yang ditawarkan. Ibu pejabat dan kilang terbesar di Dallas, Texas telah meyakinkan saya bahawa ia merupakan syarikat dan produk yang sangat memahami keperluan wanita di segenap negara, bangsa, budaya dan kepercayaan.

Hampir 5 tahun saya menjadi perunding kecantikan Mary Kay, saya masih lagi pengguna setia dan terus giat aktif berkongsi tentang produk. Produk ini perlu dimiliki oleh semua kerana ia tidaklah terlalu mahal dan mampu dimiliki oleh wanita di Malaysia. Kita berhak memilih produk yang berkualiti tinggi untuk diletakkan di atas kulit kita. Kerana kulit merupakan anggota terbesar pada tubuh manusia dan merupakan anugerah Tuhan yang sangat penting untuk seorang manusia. 

Jadi, jagalah ia sebaik-baiknya tanpa mencemarkannya dengan bahan-bahan yang boleh memudaratkan kesihatan kulit kita.

Jadilah Pengguna Yang Bijak!