ShoutMix chat widget

Thursday, April 25, 2013

Keberkesanan produk Mary Kay_Set Botanical Effect



Mary Kay Botanical Effect

Produk ini sangat berkesan dalam membersihkan lapisan kulit kita sehingga ke lapisan hipordermis. Tanpa mengandungi bahan kimia yang merbahaya dan memang terjamin selamat untuk memperbaiki struktur dan matriks kulit.

Produk berasaskan sumber botani terpilih dan diperkaya dengan kompleks botani istimewa seperti silymarin(milk thistle) dan luo han guo (buah panjang hayat) yang berantioksida tinggi untuk melawan kesan radikal bebas terhadap kulit sepanjang hari.

Hasil yang dilaporkan dalam kajian pengguna bebas sepanjang satu minggu :
88% mengatakan kulit berasa sihat
86% mengatakan ia mencergaskan kulit
83% mengatakan ia menambahbaik kecantikan semulajadi kulit

Rata-rata pelanggan saya berpuas hati setelah mencuba produk buat pertama kalinya dan terus menjadi pengguna Mary Kay yang setia. Pengalaman saya sendiri juga amat berpuas hati kerana sekarang saya tidak lagi gusar atau susah hati untuk mencari produk kulit yang berkualiti tinggi, selamat digunakan dalam jangka masa panjang, serta yang paling penting harga yang sangat berpatutan dan mampu dimiliki.