ShoutMix chat widget

Thursday, April 25, 2013

Keberkesanan produk Mary Kay_Set Botanical Effect



Mary Kay Botanical Effect

Produk ini sangat berkesan dalam membersihkan lapisan kulit kita sehingga ke lapisan hipordermis. Tanpa mengandungi bahan kimia yang merbahaya dan memang terjamin selamat untuk memperbaiki struktur dan matriks kulit.

Produk berasaskan sumber botani terpilih dan diperkaya dengan kompleks botani istimewa seperti silymarin(milk thistle) dan luo han guo (buah panjang hayat) yang berantioksida tinggi untuk melawan kesan radikal bebas terhadap kulit sepanjang hari.

Hasil yang dilaporkan dalam kajian pengguna bebas sepanjang satu minggu :
88% mengatakan kulit berasa sihat
86% mengatakan ia mencergaskan kulit
83% mengatakan ia menambahbaik kecantikan semulajadi kulit

Rata-rata pelanggan saya berpuas hati setelah mencuba produk buat pertama kalinya dan terus menjadi pengguna Mary Kay yang setia. Pengalaman saya sendiri juga amat berpuas hati kerana sekarang saya tidak lagi gusar atau susah hati untuk mencari produk kulit yang berkualiti tinggi, selamat digunakan dalam jangka masa panjang, serta yang paling penting harga yang sangat berpatutan dan mampu dimiliki.

Wednesday, April 24, 2013

Impian pada tahun ini yang perlu dicapai..

Kepada pembaca blog yang dihormati,

Pada kali ini saya ingin berkongsi tentang impian. Ia terbahagi kepada impian jangka pendek dan jangka panjang.

Namun, setiap impian bermula dengan langkah-langkah kecil yang perlu dilakukan secara konsisten.
Apakah impian anda?

Di sini saya ingin berkongsi tentang impian saya yang perlu dicapai pada tahun ini. Saya ingin menghadiri hari graduasi bagi ijazah sarjana tinggi saya pada tahun ini juga. Dengan ini saya mesti fokus dan menetapkan tugasan saya agar kertas projek / project paper saya dapat disiapkan pada Mei ini.


Dengan menyiapkan kertas projek ini, saya lah orang yang sangat gembira pada tahun ini. Kerana saya telah berjaya membuktikan bahawa anggapan saya terhadap kemampuan saya selama ini ternyata salah. Doakan saya mendapat kekuatan dan keredaan dariNya.

Setelah perkara penting ini selesai, saya akan fokus pula pada impian saya yang perlu dicapai pada bulan July ini pula. Saya perlu meningkatkan perkongsian saya kepada seramai mungkin wanita di Malaysia agar memiliki kulit yang diidam-idamkan. Saya mewakili syarikat produk kecantikan kulit dan kosmetik terulung di dunia sangat berbesar hati dan yakin tentang keberkesanan dan tahap keselamatan produk Mary Kay.

Tenyata ramai lagi di kalangan kita masih tercari - cari produk berkualiti tinggi, berjenama terkenal, selamat untuk digunakan, dan yang paling penting memberi hasil yang sangat superb bagi mengekalkan kemudaan dan kejelitaan sehinggalah di usia tua.

Misi saya menyebarkan kebaikan produk dan kebaikan peluang kerjaya di Mary Kay diharap dipermudahkan juga olehNya.

Oleh itu, marilah kita menanam impian dan terus berusaha ke arah kejayaan!

Sunday, April 21, 2013

Mary Kay Career Conference 2013 Really Keeps Me Motivated


Wowww!!! Semalam 20hb April 2013 saya telah menghadiri Career Conference di KL.. memang sangat-sangat saya tunggu2 untuk menghadirinya.

Kerana saya tahu, di conference ini akan mengaktifkan semula sel-sel badan, dan minda saya untuk kembali cergas. Hehehe..

Saya sangat bersyukur kerana telah diperkenalkan tentang produk dan syarikat Mary Kay yang sangat sesuai untuk saya sebagai seorang wanita. Syarikat ini telah berpengalaman mengendalikan perunding bebasnya selama 50 tahun. Sudah tentulah ia sangat memahami tentang keperluan wanita dalam mencari sumber rezeki, kerjaya yang fleksibel, budaya baik yang sesuai sebagai wanita, keseimbangan agama, keluarga dan kerjaya.

Saya memang suka berkongsi tentang ini kepada wanita lain. kerana saya telah bahagia dengannya, sudah tentu saya ingin membahagiakan wanita lain juga...

Jumpa lagi...

Thursday, April 18, 2013

Cara yang sangat berkesan untuk melakukan sesuatu perkara agar ianya selesai


Hi...
Beberapa soalan yang perlu selalu tertanya-tanya di minda anda. 
Apakah yang saya telah lakukan pada 24 jam hari ini?
Jika anda menjawab..taklah banyak sangat perkara yang aku lakukan sepanjang hari ini..atau pun tak buat apa-apa...
dan dengan ini saya rasa gembira untuk memberitahu bahawa anda masih boleh berubah!
Jika anda telah bersedia untuk meletakkan lebih nilai kepada kehidupan anda dan  memperbanyakkan tindakan dalam hari-hari anda, ambil pen dan kertas.
Ia mengandungi 3 langkah asas yang perlu anda ikuti:

1- Tuliskan semua tugas-tugas yang anda perlu siapkan hari ini.
2- Tetapkan masa yang diperlukan untuk menyiapkan setiap tugasan itu. Contohnya; 30 minit, 1 jam dan sebagainya.
3- Pilih salah satu tugasan , mulakan jam pengira masa anda, dan fokus sehingga tugasan itu selesai. (focus on nothing else until the task is complete!)

Itu sahaja yang perlu anda lakukan untuk memastikan kerja anda selesai..Dengan ini saya yakin, anda dapat mencapai target yang disasarkan dalam hidup anda. 
Bermula dengan tindakan harian anda. Mula dari tugasan yang kecil sehinggalah yang besar. Nescaya impian besar anda boleh tercapai mengikut masa yang telah anda tetapkan.. 
Walaupun di zaman serba canggih dengan teknologi masa kini, kita lagilah perlu menulis setiap perkara yang hendak dilakukan supaya kita tidak tersasar dan leka dengan arus teknologi yang kadang kala melalaikan kita.

Amalkan dan bertindak sekarang!





Mary Kay Wisdom


Mary Kay Ash.. a wonderful woman leader that I admired most...

Mary Kay Wisdom

A woman leader that I admired most.....Mary Kay Ash

Wednesday, April 17, 2013

Kelas Penjagaan Kulit & Mekap ( Skin Care Class & MakeUp Session)



Hi ... di dalam kelas ini anda berpeluang belajar tentang cara-cara dan teknik penjagaan kulit dengan betul serta dapat mencuba terus produk. Di sini anda akan merasai keselesaan yang sangat memuaskan apabila membersihkan, membelai dan menghias wajah anda.

Setelah 50 tahun Mary Kay di pasaran, produk tetap di antara yang terbaik di dunia di segi kehebatannya, keselamatannya, jaminannya dan peluang yang ditawarkan. Ibu pejabat dan kilang terbesar di Dallas, Texas telah meyakinkan saya bahawa ia merupakan syarikat dan produk yang sangat memahami keperluan wanita di segenap negara, bangsa, budaya dan kepercayaan.

Hampir 5 tahun saya menjadi perunding kecantikan Mary Kay, saya masih lagi pengguna setia dan terus giat aktif berkongsi tentang produk. Produk ini perlu dimiliki oleh semua kerana ia tidaklah terlalu mahal dan mampu dimiliki oleh wanita di Malaysia. Kita berhak memilih produk yang berkualiti tinggi untuk diletakkan di atas kulit kita. Kerana kulit merupakan anggota terbesar pada tubuh manusia dan merupakan anugerah Tuhan yang sangat penting untuk seorang manusia. 

Jadi, jagalah ia sebaik-baiknya tanpa mencemarkannya dengan bahan-bahan yang boleh memudaratkan kesihatan kulit kita.

Jadilah Pengguna Yang Bijak!

Monday, April 15, 2013

Top 10 Actions to Make the Dream you Catch Come True


#          Decide today to put yourself as a passionate business women
#         Commit to the work. It is necessary to get you there
       Plan and strategize
#          Take action
#          Make changes
#          Overcome and persist (don’t give up)
#          Become Accountable Consistently
#          Choose continued Growth and Advancement
#          Enjoy the fruits of your wins
#          Share what you have learned with other and keep winning

Adakah anda mempunyai impian??  Pernahkah adakalanya impian yang dinginkan itu seakan-akan semakin jauh daripada apa yang kita lakukan?? Terfikir bahawa kita tidak layak untuk impian itu?? dan banyak lagi persoalan bermain di minda kita yang mana akhirnya kita hanya akan membuang masa. 

Sebagai manusia biasa seperti kita ini memang banyak perkara perlu kita hadapi setiap saban hari. Inilah lumrah kehidupan kita di dunia ini. Selagi bernafas kita perlu atasi dan hadapi dengan penyelesaian terbaik setiap situasi yang berlaku sekeliling dan pada kita sendiri. 

Tiada erti mengalah atau putus asa. Pelbagai cara boleh dilakukan dengan hanya kita perlu memilih jalan yang terbaik. Daripada menyesali setiap yang berlaku dan menyalahkan diri dan orang lain, ia akan melambatkan proses kita mengejar impian. Terima seadanya yang berlaku dan anggap ketentuan dari yang empunya alam ini. Belajar mencari kebaikan dari setiap yang berlaku untuk kebaikan diri dan orang lain. Memaafkan selain daripada kebaikan itu. 

Apabila kita belajar melatih diri seperti ini, kita akan menarik tenaga yang positif di dalam diri dan seterusnya memudahkan kita mencapai impian yang dicari selama ini. Tuhan tidak mensia-siakan manusia yang berusaha dan selalu menjadi contoh baik kepada orang lain.

Banyaklah beramal untuk melatih jiwa, fikiran dan spiritual agar sehaluan dengan kehendak Tuhan. :) 

Sunday, April 14, 2013

ATTITUDE DETERMINES YOUR ALTITUDE

Long range consequences of how we choose to discipline our thoughts. 
 # We choose our thoughts
 # Our thoughts determine our emotions
 # Our emotions determine our actions
 # Our actions determine our results
 # Our results determine our reality 
 # And our reality determine our Destiny! 
 What we need is the courage and determination to self-reform. 

 Hi.. betul tak sikap kita menentukan sejauh mana kita dapat mengatasi setiap situasi dengan berhemah? Ye memang betul! 

Jika satu situasi yang sama dihadapi oleh dua orang yang berbeza sikapnya, sudah tentu mempunyai dua kesan yang berbeza juga. 

 Contohnya, 

    Situasi kesuntukan masa untuk menyiapkan sesuatu tugasan.
A : menghadapi situasi ini dengan berfikir bahawa jika tidak siap tugasan itu, masih boleh disiapkan esok atau lupakan saja. 

B : menghadapi situasi ini tanpa berfikir banyak dan terus tekun menyiapkannya walaupun hingga ke saat akhir kerana ingin juga ia disiapkan. 

Keputusannya : Tugasan B dapat disiapkan manakala tugasan A tidak disiapkan dan menyesal keesokan harinya. Jika A tidak menyesal, A tidak mencapai apa-apa di dalam hidupnya sedangkan B mungkin dinaikkan pangkat.

Renung-renungkan...